Toreh kemaluan kekasih: Lelaki Pakistan dipenjara


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Pakistan terpaksa merengkok dipenjara selama dua tahun dan menerima dua sebatan selepas didapati bersalah menoreh kemaluan bekas kekasih dengan pisau cukur.

Gunam Raza Sanwal, 31, yang tidak bekerja mengaku melakukan perbuatan itu terhadap wanita warga Filipina berusia 30 tahun itu di dalam bilik sebuah hotel, di Jalan Petaling di sini kira-kira pukul 10 malam, 24 Mac lalu.

Kejadian berlaku apabila lelaki tersebut mengajak kekasihnya itu yang juga seorang pelajar berjumpa dengannya di stesen Kuala Lumpur Sentral dengan alasan untuk memulangkan telefon bimbit wanita itu yang telah dirosakkan.

Semasa pertemuan tersebut, tertuduh secara tiba-tiba telah menarik dan memaksa wanita itu mengikutnya ke hotel berkenaan.

Setibanya di hotel tersebut, tertuduh telah bertindak ganas dengan menampar muka  selain menanggalkan seluar dalam wanita itu dan kemudiannya menoreh kemaluan mangsa sehingga berdarah.

Tertuduh hanya membenarkan wanita itu keluar dari bilik hotel berkenaan pada pukul 6 petang keesokan harinya.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 29 Mac lalu. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment