Warga emas maut, 4 parah ketika berteduh di bawah jejambat

KEADAAN di tempat kemalangan maut melibatkan sebuah kereta dan lima motosikal di Lebuh Raya Grand Saga, Kajang petang ini.
KAJANG - Seorang penunggang motosikal warga emas maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan penunggang motosikal yang sedang berteduh daripada hujan di bawah jejambat di KM 17.2 Lebuh Raya Grand Saga, dekat Sungai Long petang ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Hasril Ab. Rahman, 63, yang sedang berteduh daripada hujan lebat di bawah jejambat tersebut bersama empat lagi penunggang motosikal lain sebelum sebuah kereta dari arah Cheras hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kenderaan lain.

Kereta itu kemudian berpusing dan melanggar lima penunggang motosikal yang berada di bawah jejambat tersebut menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian manakala empat lagi parah.

Pemandu kereta, Afiq Faridz Azizul Azily tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mangsa-mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Kajang.  - MPM



Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment