Wow! Kerana RM8 sanggup bermodal RM297,000

SEORANG pemilik kenderaan sanggup berbelanja sehingga RM264,000 untuk mendapatkan plat no RM2.
ARAU - Wow! Kerana "RM 8" sebuah syarikat sanggup bermodal hampir RM300,000 untuk mendapatkan nombor plat pendaftaran tersebut.

Syarikat berkenaan telah mengeluarkan RM297,000 untuk mendapatkan nombor plat pendaftaran terbaharu bagi negeri Perlis itu manakala seorang individu pula membayar RM264,000 untuk mendapatkan "RM 2".

Malahan menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Zulhasmi Mohamad, jumlah nilai tender yang ditawarkan untuk mendapatkan nombor pendafataran "RM" mencecah RM7 juta, iaitu nilai tertinggi yang pernah diterima pihaknya setakat ini.

JPJ Perlis membuka tawaran pembidaan bagi plat nombor kenderaan itu pada 23 Februari lalu dan ditutup pada 10 Mac untuk membolehkan permohonan diproses bermula 11 Mac dan berakhir hari ini.

Sebelum ini kenderaan dengan nombor plat pendaftaran Perlis dikatakan kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengguna malah kenderaan terpakai menggunakan plat negeri itu  tidak laku.

Bagaimana pun nombor plat "RM" telah mengubah pandangan umum tentang nilai kenderaan yang berdaftar di negeri Perlis. - MPM



Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment