300 batang balak hanyut hasil pembalakan haram

SEORANG anggota Pasukan Polis Marin menunjukkan longgokan kayu balak yang hanyut di Sungai Merah Batang Igam, Sibu dipercayai akibat pembalakan haram. - Foto PDRM

SIBU - Pasukan Polis Marim (PPM) Wilayah 5 telah menemukan longgokan kayu balak yang hanyut di Sungai Merah Batang Igam di sini semalam dipercayai hasil pembalakan haram.

Komander PPM Wilayah 5, ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata, penemuan tersebut hasil operasi yang dijalankan di perairan sungai tersebut petang semalam.

Menurut beliau, pihaknya telah menemukan dua longgokon kayu pelbagai saiz dan spesis yang diikat serta berada di atas air.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua kayu itu disyaki diperolehi secara tidak sah dan tiada yang menuntutnya setelah menunggu lebih kurang 30 minit," katanya dalam kenyataan di sini.

Rampasan kayu balak dianggarkan bernilai RM12,500 dan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Perhutanan Sibu untuk siasatan di bawah Seksyen 85(1) Ordinan Perhutanan Sarawak. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment