Ahmad cabar Hadi, Tuan Ibrahim cabar Mat Sabu

ABDUL Hadi Awang (kiri) dan Mohamad Sabu, masing-masing akan dicabar pada Muktamar Pas 2015 di Selangor bulan depan.
KUALA LUMPUR - Muktamar Pas tahun ini bakal mencatat sejarah tersendiri bagi parti itu apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dicabar oleh Ahmad Awang pada pemilihan yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini.

Inilah kali pertama jawatan Presiden dicabar buat kali pertama selepas 12 tahun.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, penyandangnya Mohamad Sabu akan ditentang seorang tokoh ulama, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang sebelum ini sebagai Naib Presiden parti.

Kerusi Naib Presiden pula menyaksikan, persaingan enam penjuru membabitkan Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub selaku penyandang berdepan dengan Idris Ahmad, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat pula menyaksikan 55 calon bertanding untuk mengisi 18 kerusi.

Pengesahan pertandingan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi pada sidang medianya di Pejabat Agung Pas, di sini hari ini.

Anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh pula akan mencabar Suhaizan Kaiat bagi kerusi Ketua Dewan Pemuda Pas manakala anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil bertanding kerusi Timbalan Ketua Dewan Pemuda bersama Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Muslimat Pas turut menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi jawatan utamanya. Siti Zailah Mohd Yusoff dan Nuridah Salleh akan bersaing untuk jawatan ketua manakala Dr Siti Mariah Mahmud dan Dr Rosni Adam bertanding untuk jawatan timbalan ketua. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment