Bekas wartawan kecewa media tutup mata pencemaran

KEADAAN salah satu muara sungai di Pahang yang kemerahan akibat pencemaran bauksit. - Foto FB Khaidir Ahmad

KUANTAN - Seorang bekas wartawan kecewa kerana pihak media seolah-olah menutup mata tentang pencemaran alam sekitar yang teruk di daerah ini.

Khaidir Ahmad, bekas wartawan TV3 negeri ini mendakwa keadaan alam sekitar di sini teruk dicemari oleh bauksit iaitu bijih bagi pembuatan aluminium.

Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja memberi kesan kepada permukaan bumi yang bertukar menjadi merah, tetapi juga mencemari sungai.

"Kenapa media arus perdana tidak berani melaporkannya? Ke mana slogan kami ambil berat? Ke mana wartawan muda zaman sekarang? Di mana keprihatinan editor muda terhadap masalah alam sekitar yang menghimpit rakyat?

"Adakah kerana mereka terlalu sibuk dengan berita politik picisan? Adakah mereka terlalu sibuk mengampu untuk mengisi perut, pangkat dan darjah kebesaran?

"Di mana pihak berkuasa kerajaan? Adakah tangan mereka sudah diikat dan saku mereka disumbat penuh?" tanya beliau dalam laman Facebooknya.

Khaidir yang sebelum ini sering melaporkan isu-isu pembalakan haram dan penerokaan hutan secara berleluasa di negeri ini telah meninggalkan stesen TV tersebut sejak beberapa tahun lalu.

KEADAAN salah satu jalan utama di Kuantan yang dicemari bauksit. - Foto FB Khaidir Ahmad
Menurut Khaidir, selain akibat pencemaran bauksit di daerah ini, Pahang juga sering berhadapan dengan masalah pencemaran di kawasan loji bekalan air, terutama di daerah Lipis.

Malahan bulan April sahaja sudah beberapa kali Perbadanan Air Pahang (PAIP) terpaksa menghentikan lojinya akibat kekeruhan air mentah melebihi 1000 NTU di Loji Kuala Medang dan Sungai Jelai.

Katanya, pencemaran sumber minuman penduduk negeri ini adalah disebabkan oleh kesan penerokaan hutan dan pembalakan di kawasan pedalaman Pahang. - MPM

KHAIDIR AHMAD

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment