Belum ada keputusan larang motosikal guna AKLEH, MEX

KEADAAN sesak di plaza tol AKLEH setiap kali waktu puncak berikutan kebanjiran pengguna motosikal yang mengguakan lebuh raya tersebut.

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang untuk menarik balik kebenaran pengguna motosikal menggunakan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, walaupun konsesi kedua-dua lebuh raya itu ada membuat permohonan bagi melarang pengguna motosikal menggunakan laluan tersebut tetapi pihaknya belum membuat sebarang keputusan.

Menurutnya, larangan penggunaan motosikal di AKLEH terkandung dalam perjanjian konsesi selain kedua-dua lebuh raya itu tidak direka bentuk untuk kegunaan penunggang motosikal dan tiada lorong kenderaan roda dua disediakan.

"Walau bagaimanapun beluam ada sebarang keputusan dibuat mengenai permohonan daripada pihak konsesi. Kementerian perlu mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pengguna sebelum apa jua keputusan dibuat," kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini kedua-dua lebuh raya itu tidak membenarkan penunggang motosikal menggunakan laluan tersebut kerajaan memutuskan agar AKLEH dan MEX dibuka kepada pengguna motosikal bagi mengurangkan kos sara hidup berikutan kenaikan harga minyak mendadak pada 2008.

Fadillah berkata, kedua-dua lebuh raya itu terutama AKLEH tidak sesuai untuk pengguna motosikal kerana mempunyai kelebaran bahu jalan yang sempit iaitu kurang daripada 0.5 meter.

Katanya, kedua-dua lebuh raya itu juga tidak mempunyai kemudahan untuk laluan di plaza tol dan lorong paling kiri sedia ada pula terlalu sempit untuk laluan motosikal.

"Lokasi susur keluar dan masuk juga tidak sesuai dan boleh menimbulkan konflik antara motosikal dan kenderaan lain. Panjang susur jalan masuk juga tidak mencukupi.

"Geometri jalan yang kurang sesuai iaitu berselekoh tajam dan sikap penunggang motosikal yang boleh mengakibatkan kemalangan seperti menunggang secara melulu, berbahaya dan berkelajuan tinggi," katanya.

FADILLAH YUSOF
Semenjak motosikal dibenarkan untuk menggunakan kedua-dua lebuh raya itu tujuh tahun lalu, sebanyak 382 kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang dengan 15 kematian yang direkodkan oleh MEX.

Dianggarkan 4,000 motosikal dan 32,000 kenderaan lain berulang alik di laluan 26 kilometer pada waktu puncak setiap hari.

Manakala AKLEH sepanjang 7.9 kilometer pula beroperasi pada bulan Mei 2001 dan telah mencatatkan kira-kira setengah juta penunggang motosikal menggunakannya setiap bulan dengan purata empat kemalangan motosikal sebulan dengan tiga kematian.

AKLEH dan MEX dikendalikan oleh Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (Prolintas) dan Maju Expressway Sdn Bhd (MESB). - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment