Alyah bermadu!

GAMBAR yang dimuat naik Alyah di instagramnya hari ini menunjukkan suaminya, Datuk Ramli MS bergambar bersama seorang wanita dipercayai madunya. - Foto IG Alyah81
KUALA LUMPUR - Penyanyi Alyah hari ini mengesahkan bahawa dia telah dimadukan oleh suaminya Datuk Ramli MS tetapi tidak pasti bilakah komposer terkenal itu menikahi wanita berkenaan.

Alyah dalam Instagramnya hari ini telah memuatkan sekeping gambar suaminya dengan seorang wanita dengan disertakan kata-kata berikut:

"Ya Allah ya Tuhanku, sekiranya aku menganaya hambamu yg lain. Kau tuntunlah aku utk kembali ke jalanmu. Namun jika aku yg dianaya aku mohon padamu ya Allah swt. Kau angkatlah doaku jg dgrlah kesedihanku ya Allah swt.

Klu (kalau) tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagi kah pengorbanan yg saya lakukan?"

Bagaimanapun, gambar dan entri tersebut kemudian dipadamkan.

Alyah berkata, wanita tersebut dikenali sebagai Siti Hafilah Che Kar dan mereka dipercayai telah berkahwin secara diam-diam.

"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar.

"Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.

ALYAH
"Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti," katanya seperti dipetik daripada BH Online.



Katanya, dia sudah lama menghidu perkara itu tetapi tidak dapat dibuktikan dan kini dia telah bukti dengan gambar.

Alyah juga sedar suaminya itu ramai peminat dan selama berkahwin gambar mereka berdua juga ditegah suaminya untuk diambil mahupun dimuat naik di laman Instagram.

"Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.

"Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur," katanya. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment