Jual arak: Larang orang Melayu bekerja 7-Eleven


NUSAJAYA - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini mahukan agensi berkaitan melarang orang Melayu dan Islam bekerja di kedai serbaneka 7-Eleven dikaji semula memandangkan premis itu menjual arak.

ADUN Kukup, Suhaimi Salleh berkata, isu penjualan arak melibatkan pekerja Islam yang bekerja di kedai serbaneka tersebut tidak boleh dikompromi kerana mempertaruhkan soal maruah, bangsa dan agama serta berdosa di sisi agama.

“Hukum sudah jelas. Minum (arak) haram, (mereka) yang menjual (arak) haram, yang membungkus botol (arak) haram, yang mengangkut kotaknya ke 7-Eleven haram dan yang menyusunnya pun haram."
SUHAIMI SALLEH

“Takkanlah kita hendak membiarkan perkara haram, yang nampak seperti kecil tetapi besar dosanya di sisi Allah, berlaku secara berterusan?,” kata beliau seperti dipetik daripada laman UMNO Johor.

Ketika membahaskan titah Sultan Johor pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-13, di sini Selasa lalu, Suhaimi berkata, larangan itu penting bagi memastikan hasil pendapatan anak-anak muda diperoleh daripada sumber yang halal.

“Keuntungan akhirat adalah lebih penting. Sanggupkah kita melihat anak-anak muda yang tidak tahu apa-apa dan baharu lepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia sudah diajar dan terjebak dengan perkara ini,” kata Suhaimi. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment