Kapal korek karam: Gerakan mencari 14 hilang dihentikan

SEORANG anggota polis marin menunjukkan keadaan kapal korek yang terbalik akibat dipukul ombak besar di perairan Pengerang, Kota Tinggi ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat hari ini. 
KOTA TINGGI - Gerakan mencari dan menyelamat 14 kru sebuah kapal korek yang karam dipukul ombak besar di perairan Tengerang dekat sini awal pagi ini dihentikan pukul 7.30 malam ini dan disambung 6 pagi esok.

Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tanjung Sedili, Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata, operasi mencari dan menyelamat kru yang hilang diperluas ke 5 batu nautika dari tempat kejadian iaitu 8.6 batu nautika timur Tanjung Punggai.

Menurutnya, operasi melibatkan lebih 20 anggota APMM, polis marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggunakan  empat buah bot, sebuah kapal dan sebuah pesawat Dauphene 365 berdepan kesukaran kerana laut bergelora.

"Kami percaya kru terperangkap kerana mungkin ada antara mereka sedang tidur ketika itu," katanya seperti dipetik daripada Bernama petang ini.

13 kru kapal korek yang didaftarkan di Bolivia itu adalah warganegara China manakala seorang lagi adalah warganegara Malaysia.

Seorang kru iaitu ketua jurutera Li Guozheng, 51, dari Zhenjiang, China berjaya diselamatkan.

Mustafa Kamal berkata, pukulan ombak setinggi 2.5 meter berkemungkinan menjadi faktor utama kapal korek itu karam akibat hilang keseimbangan kerana membawa muatan berat.

Berikut senarai 14 mangsa yang masih hilang:
       
Warga China:
  1. Liang Miaogui, 48, dari Zhenjiang - Kapten
  2. Wang Fuling, 51, dari Zhenjiang - Ketua Operasi
  3. Li Wangping, 28, dari Zhejiang - Kru
  4. Wang Youshi, 43, dari Hubei - Kru
  5. Jlang Xuewen, 49, dari Hubei - Kru
  6. Luo Bangguo,50, dari Zhenjiang - Kru
  7. Fan Qile,, 44, dari Hubei - Kru
  8. Jin Liangbong, 50, dari Zhenjiang - Kru
  9. Xu Jiabao, 46, dari Hubei - Kru
  10. Wang YunFeng, 39, dari Hubei - Kru
  11. Xu Huawei, 50, dari Hubei - Kru
  12. Sun Shoutan, 40, dari Shandong - Kru
  13. Liu Chuihua, 51, dari Hubei - tukang masak (wanita).
Warga Malaysia:
  1. Raja Mohammad Firdaus, 23, dari Selangor - Pegawai Komunikasi 
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment