Kejadian culik terbaru di Sabah, dua warga tempatan dilarikan

SEBAHAGIAN pelanggan restoran makanan laut terkenal di Sandakan, Sabah menunggu di luar premis selepas restoran itu dirompak dan dua warga tempatan diculik sekumpulan lelaki bersenjata malam tadi. 

KUALA LUMPUR - Lagi kejadian culik di perairan pantai barat Sabah. Kali ini berlaku di Sandakan.

Seorang lelaki dan seorang wanita diculik pada pukul 7.40 malam ini oleh sekumpulan empat lelaki bersenjata dipercayai didalangi kumpulan Muktadil Brothers.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan di sini malam ini berkata, kejadian berkenaan berlaku di restoran Ocean King, Jalan Batu Sapi.

Katanya, mangsa culik berkenaan ialah wanita pemilik restoran, Thien Nyuk Fun, 50, dan seorang lelaki, Bernard Ghen Ted Fen, 39.

“Empat penculik berkenaan menaiki sebuah bot dan bersenjatakan dua laras M16 dan sepucuk pistol,” katanya dalam kenyataan itu.

Restoran tersebut merupakan salah satu restoran makanan laut yang cukup terkenal di Sandakan dan sering menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong. - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment