Kereta besar, otak kecil

Sikap pemandu kereta mewah ini yang mementingkan diri sehingga sanggup meletakkan BMW-nya di petak letak kereta OKU.


KERETA besar tetapi otak pemandu kereta ini kecil sehingga langsung tidak prihatin di mana dia meletakkan kereta mewahnya di tempat letak kereta khas untuk golongan kurang upaya (OKU).

Menurut pengadu, Jeng Yean Won dalam Facebook, dia telah menegur pemandu BMW tersebut iaitu seorang wanita tetapi tidak diendahkan.

"Saya tahu, saya selalu meletakkan kereta saya di sini. Saya selalu letak di sini dan saya nak cepat," kata wanita pemilik kereta mewah tersebut.

Situasi ini sebenarnya sering berlaku di negara kini. Ia jelas menunjukkan mentaliti masyarakat kita yang masih rendah martabatnya. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment