Lana Nodin, Daud Mckienzie selamat diijabkabulkan

LANA Nordin sah bergelar isteri kepada pemain bola tampar AS, Daud David Mckienzie.
KUALA LUMPUR - Pelakon, Lana Nodin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 36,selamat diijabkabulkan dengan pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS), Daud David Mckienzie hari ini.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan dekat sini pukul 10.35 pagi ini.

Akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al- Islah Serdang Raya Seri Kembangan, Mohd. Ramizi Ramli dan disaksikan pelakon Fauzi Nawawi.

Sementara itu, Daud turut menyerahkan mas kahwin sebanyak AS$10,000 (RM35,680) dan sebentuk cincin kepada Lana, yang berwalikan bapanya, Hasan Nodin.

Pada majlis itu, seramai 300 tetamu hadir menyaksikan pernikahan termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

"Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Agak berdebar juga tadi. Doakan hubungan kami kekal selama-lamanya," ujar Lana seperti dipetik daripada MStar hari ini.

Antara selebriti yang hadir ialah Julia Ziegler, Sasha Saidin, Aishah Ilias, Sharifah Nadia, Fauzi Nawawi dan isterinya Lisdawati.
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment