Mimi ONE bakal berkahwin dengan rakan semasa kecil

MIMI bakal menamatkan zaman bujangnya hujung bulan ini.
KUALA LUMPUR - Ribut tidak, angin tidak alih-alih penyanyi kumpulan One Nation Emcee, Mimi memberitahu dia akan melangsungkan pernikahan pada hujung bulan ini.

Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 28, berkata, lelaki yang berjaya menambat hatinya itu sudah dikenali begitu lama kerana mereka berkawan sejak kecil tetapi mulai serius sejak tiga tahun lalu.

"Kami mengenali satu sama lain ketika berusia 14 tahun dan mula bercinta sejak tiga tahun lalu.

"Firdaus adalah lelaki yang mampu membimbing dan memberikan nasihat kepada saya. Memang saya akui saya adalah seorang yang degil," kata penyanyi yang sering berpenampilan seksi itu, seperti dipetik daripada BH Online.

MIMI dan Firdaus
Mimi berkata, bakal suaminya itu merupakan seorang pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).

Bagaimanapun Mimi tidak mendedahkan tarikh pernikahannya atas permintaan keluarga.

"Majlis itu akan dibuat secara sederhana sahaja dan bakal dihadiri kaum keluarga terdekat," katanya.

Mimi berkata, majlis resepsi perkahwinannya akan diadakan pada 7 November depan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment