Pasangan artis AF kongsi gambar bersalut selimut di atas katil

EKIN dan suami, Yazer tanpa segan silu berkongsi gambar ketika mereka berada di atas katil di Instagram sehingga mendapat cemuhan peminat mereka.


KUALA LUMPUR - Apa dah jadi dengan artis kita sekarang ini sehinggakan hal-hal dalam bilik tidur pun mahu dikongsi di media sosial.

Itulah yang dilakukan oleh pasangan artis yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketiga, Yazer dan Ekin Rahman ini.

Pasangan suami isteri ini tanpa segan silu merakam gambar ketika mereka berada di atas katil sambil berselimut yang kemudian dikongsi di media sosial milik mereka, baru-baru ini.

Akibatnya kedua-dua artis yang semakin dilupakan peminat ini dikecam hebat oleh para peminat dan mereka yang mengikuti Instagram milik pasangan ini.

Kalaupun mereka adalah pasangan suami isteri yang sah, mereka tidak sepatutnyalah berkongsi gambar-gambar seperti ini kepada dunia luar, lebih-lebih lagi di media sosial.

Suami isteri sepatutnya saling menjaga aib pasangan masing-masing tetapi sebaliknya mereka berdua sama-sama menunjuk-nunjuk keaiban masing-masing.

Dunia dah nak kiamat agaknya. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment