Pasar raya minta maaf sosej babi diletak logo halal - MetroPost Malaysia
Pasar raya minta maaf sosej babi diletak logo halal

Pasar raya minta maaf sosej babi diletak logo halal

Share This

LONDON - Rangkaian pasar raya di United Kingdom, Aldi, meminta maaf setelah meletak label halal pada sosej yang mempunyai kulit dan darah babi.

Jurucakap Aldi mengatakan bahawa pihaknya sudah melakukan penyelidikan dan sosej tersebut hanya dijual di Scotland.

Menurutnya para pelanggan yang telah membeli sosej tersebut diminta memulangkannya untuk digantikan dengan produk lain.

Isu tersebut menjadi perbualan di media-media sosial di negara itu.

Pada belakang bungkusan sosej tersebut jelas menyatakan ia mengandungi darah kulit babi.

Komuniti Islam di negara itu merasa terganggu dengan insiden itu kerana ia langgar moral dan agama.

No comments:

Post a Comment