Pecat, siasat lembaga pengarah 1MDB pandangan peribadi - Muhyiddin



KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui ada membuat kenyataan supaya semua ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat serta mengarahkan pihak polis menjalankan siasatan.

Menurut beliau, kenyataan yang dibuat dalam pertemuan tertutup semasa kursus politik anjuran Biro Latihan UMNO Malaysia itu adalah pandangan peribadi beliau.

"Itu pandangan saya. Saya buat dalam pertemuan tertutup... dalam kurusus politik anjuran Biro Latihan. Itu pandangan saya dengan rakan-rakan pimpinan politik supaya mereka faham.

"Ini bukan perkara baru dan saya pernah suarakan juga di luar. Yang penting kita nak tentukan penyelesaian tentang perkara yang disebut (1MDB)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beliau berhubung 1MDB dalam satu program, di mana rakaman video ucapannya dalam majlis itu telah menjadi viral di media sosial.

Dalam rakaman dipercayai menggunakan telefon pintar berdurasi 7.10 saat itu, Muhyiddin antara lain menggesa akan ketua pegawai eksekutif 1MDB dipecat serta membenarkan pihak polis menjalankan siasatan.

"Buanglah (lembaga pengarah), CEO... buang. Bukan setakat buang, panggil polis siasat. Ambil tindakan baru rakyat nampak... Kalau tak ambil tindakan ini akan membebankan dan membuatkan kita semua jatuh ke bawah," kata beliau dalam rakaman video tersebut. - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment