Pelaku seks di balkoni Bangsar South warga asing - Polis - MetroPost Malaysia
Pelaku seks di balkoni Bangsar South warga asing - Polis

Pelaku seks di balkoni Bangsar South warga asing - Polis

Share This

KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengesahkan bahawa pelaku hubungan seks siang hari di balkoni sebuah apartmen di Bangsar South minggu lalu adalah warga asing.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata, identiti lelaki pelaku tersebut berusia sekitar 30-an yang menyewa servis apartmen berkenaan bersama pasangannya.

Menurut beliau, suspek dipercayai masih berada di negara ini dan siasatan terhadap individu yang merakam adegan tersebut turut dijalankan.

Rakaman video berdurasi 30 minit itu dipercayai dirakam seorang penyewa di apartmen bersebelahan yang terletak berhampiran balkoni tersebut dan ia menjadi viral di media sosial.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377D, 297 dan 294 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - MPM

No comments:

Post a Comment