Pemilik kedai pakaian terkejut didatangi menteri

SAIFUL Nang (kiri) terkejut dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin (kanan) di premis perniagaannya, di Bangi, Selangor baru-baru ini. - Foto ihsan FB Saiful Nang.
KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha kemeja-T bercetak, Saiful Nang terkejut kerana didatangi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin (KJ) semata-mata mahu mendaptkan koleksi kemeja-T keluarannya.

Saiful berkata, kehadiran KJ hanya bersama seorang pemandu dan tanpa diiringi oleh pengawal peribadi atau para pegawainya.

Menurutnya, pada mulanya dia menerima pesanan menerusi WhatsApp daripada KJ yang bertanyakan waktu premis perniagaannya di Bangi itu ditutup.

"Dia tanya kedai tutup jam berapa? Kita jawablah kedai tutup 7 malam. Kenapa? Jawabnya kerana nak beli baju "Tall Dark Handsome" dan beberapa baju lain. Jam 6.30pm dia sampai," kata Saiful dalam Facebooknya hari ini.

Saiful berkata, selain kemeja-T "Tall Dark Handsome" iaitu mengambil petikan kata-kata KJ sendiri, KJ yang juga Ketua Pemuda UMNO itu turut tertarik dengan kemeja-T bertulis "I'm 3.85 CGPA".

KJ tertarik dengan salah satu kemeja-T yang ada di premis perniagaan Sarcasteek milik Saiful Nang di Bangi, Selangor baru-baru ini. - Foto ihsan FB Saiful Nang.
Katanya, sambil berseloroh KJ berkata, dia mahu membelikan kemeja-T itu untuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

"KJ berseloroh katanya nak beli untuk Ahmad Maslan dan kalau Ahmad Maslan pakai baju ini mesti orang tak akan troll dia lagi," katanya.

Saiful berkata, dia mencipta kemeja-T bertulisan "I'm 3.85 CGPA" itu bertujuan menggalakkan para pelajar universiti supaya belajar lebih rajin sehingga mendapat keputusan yang baik. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment