Piala Sudirman: Malaysia mara ke suku akhir

SAINA Nehwal meraih satu mata buat India selepas menundukkan pemain negara, Tee Jing Wei 24-22, 21-13 malam tadi.
KUALA LUMPUR - Malaysia mara ke suku akhir Piala Sudirman 2015 selepas muncul juara Kumpulan D setelah membenam India 3-2 di Dongguan, China malam tadi.

Pada aksi kedua itu, Malaysia sekali lagi bergantung harapan kepada beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying untuk meraih mata kemenangan.

Skuad negara memperoleh mata pertama menerusi beregu lelaki apabila pasangan Goh V Shem/Tan Wee Kiong menewaskan pasangan Manu Attri/Sumeeth Reddy dengan straight set 21-15, 21-16.

Bagaimanapun India menyamakan kedudukan menerima pemain wanita nombor satu dunia, Saina Nehwal yang menjinakkan Tee Jing Wei 24-22, 21-13.

Datuk Lee Chong Wei yang tampil buat kali kedua selepas digantung tujuh bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mudah menundukkan Srikanth Kidambi 21-16, 21-15 untuk meletakkan Malaysia kembali di depan.

Namun beregu wanita negara Vivian Kah Mun Hoo/Woon Khe Wei mengheret pasangan Jwala Gutta/Ashwini Ponnappa ke rubber-set sebelum tewas 18-21, 21-19 dan 21-15.

Malaysia boleh menarik nafas lega apabila Peng Soon/Liu Ying sekali lagi mempamerkan aksi mantap untuk mengetepikan pasangan Sikki Reddy/Arun Vishnu 21-14, 21-18.

Semalam Malaysia mencipta kejutan apabila menumbangkan juara tiga kali Korea Selatan dengan 3-2, sekali gus menghuni tangga teratas Kumpulan D. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment