Piala Sudirman: Malaysia terkandas di suku akhir



KUALA LUMPUR - Hajat skuad badminton negara membuat kejutan kedua ke atas Korea Selatan pada kejohanan Piala Sudirman di Dongguan, China tidak berhasil selepas tewas 1-3 di peringkat suku akhir malam ini.

Mata tunggal negara dikutip oleh Datuk Lee Chong Wei yang mudah menewaskan Son Wan Ho 21-17, 21-12 tidak memberi sebarang makna apabila beregu lelaki, perseorang wanita dan beregu wanita tewas kepada lawan masing-masing.

Pasangan Goh V Shem/Tan Wee Kiong tunduk kepada Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong 18-21, 16-21 manakala Tee Jing Yi yang turun beraksi dalam perseorangan wanita tewas kepada Sung Ji Hyun 17-21, 12-21.

Pasangan Vivian Kah Mun Hoo/Woon Khe Wei memberi harapan untuk menyamakan kedudukan apabila menang pada set pertama 23-21 ke atas pasangan Chang Ye Na/Jung Kyung Eun.

Bagaimanapun pasangan Korea Selatan itu bangkit di set kedua untuk menang 21-16. Pada set ketiga Vivian dan Woon hilang tenaga sehingga tewas mudah 11-21.

Kegagalan itu meranapkan impian Malaysia untuk sekurang-kurangnya ke separuh akhir kejohanan badminton campuran dunia itu.

Untuk rekod skuad negara belum pernah menjuarai Piala Sudirman sejak ia diperkenalkan pada tahun 1989 dan pencapaian terbaik Malaysia ialah mara ke separuh akhir pada tahun 2009. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment