Prabayar: Kabinet setuju formula beli RM10 dapat RM10

AHMAD SHABERY CHEEK
KUALA LUMPUR - Formula 'beli RM10 dapat RM10' bagi tambah nilai kad prabayar telefon dipersetujui oleh Kabinet, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurut beliau, berdasarkan formula tersebut, GST tambah nilai prabayar akan dikenakan berdasarkan penggunaan atau 'usaged-base'.

Bagaimanapun menurut beliau, untuk sementara ini Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus bagi setiap transaksi tambah nilai diteruskan sehingga fomula 'beli RM10 dapat RM10'.

"Kabinet setuju cadangan tambah nilai prabayar yang dijual pada RM10 dapat nilai RM10 apabila diaktifkan. GST untuk tambah nilai prabayar dikenakan atas penggunaan atau usage-based.

"GST atas tambah nilai prabayar diteruskan sehingga formula 'beli RM10 dapat RM10' dilaksanakan," kata beliau seperti dipetik daripada Bernama hari ini.

Isu tambah nilai prabayar menjadi hangat apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengatakan nilai itu tidak sepatutnya dinaikkan 6 peratus kerana mengambil kira ia sudah ditolak dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Bagaimanapun orang ramai mendapati nilai tambah tetap dikenakan caj 6 peratus atau 60 sen bagi setiap tambah nilai RM10.

Ekoran perselisihan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan hanya Menteri Komunikasi dan Multimedia sahaja yang boleh bercakap mengenai isu tambah nilai ini. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment