Remaja 15 tahun dicekup berkhalwat dengan teman lelaki

REMAJA antara ditahan dalam operasi maksiat yang dijalankan Jabatan Agama Islam Melaka malam minggu lalu. - Gambar Hiasan
MELAKA – Seorang pelajar tingkatan tiga merupakan antara yang ditahan atas kesalahan khalwat dalam operasi maksiat yang dijalankan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sekitar bandar raya ini, malam semalam.

Pengarah JAIM, Ismail Hamad berkata, remaja perempuan berumur 15 tahun itu dicekup bersama kekasihnya berumur 22 tahun setelah pihaknya mengetuk pintu bilik sebuah hotel bajet di Malim di sini kira-kira pukul 2 pagi.

“Kita mengetuk pintu hampir 15 minit dan akhirnya didapati ada seorang wanita dan lelaki di dalam bilik berkenaan. Berdasarkan masa dan tarikh yang dicatat di dalam buku rekod hotel tersebut, mereka baru sahaja masuk.

“Setelah disiasat, difahamkan pelajar tersebut ada keluarga angkat di Masjid Tanah dan menipu keluarga kandungnya dengan alasan tidur di rumah keluarga angkat tetapi keluar bersama teman lelakinya menginap di sini,” katanya seperti dilapor Utusan Online hari ini.

Sementara itu, Ismail berkata, operasi itu tertumpu kepada perlakuan tidak sopan yang bermula di Dataran 1Malaysia Klebang dan turut menahan dua pasangan muda yang sedang berpelukan.

Mereka diambil keterangan dan akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah mengikut Sekyen 71, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 (Berkelakuan Tidak Sopan) yang boleh dihukum denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

Sementara empat lagi pasangan yang ditangkap di hotel bajet di sekitar bandar raya akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 (Bersekediaman). - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment