Thai balas dendam untuk Malaysia?

PENYOKONG bola sepak Thai, Wasan Saeng-ngern mengibarkan selendang Malaysia selepas pasukan negaranya menewaskan Vietnam pada aksi Kelayakan Piala Dunia, di Bangkok malam tadi.


SEORANG penyokong fanatik pasukan bola sepak Thailand mengibarkan selendang Harimau Malaya selepas pasukannya berjaya menundukkan Vietnam 1-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018, di Stadium Rajamangala , Bangkok malam tadi.

Wasan Saeng-ngern dalam akaun Facebooknya menulis "Kami sudah membalas dendam untuk anda, semua saudara Malaysia" sambil mengibarkan selendang kuning bertulis "Malaysia - Harimau Malaya."

Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun selepas menduduki tangga ketiga kumpulan di belakang Jepun dan Vietnam pada perlawanan yang berlangsung 27 hingga 31 Mac lalu.

Anak-anak buah Razip Ismail itu tewas kepada Vietnam 1-2 pada perlawanan pertama sebelum berjaya menundukkan Macau 2-0. Walaupun berjaya mengikat Jepun tanpa jaringan, skuad Harimau Muda B gagal mara kerana perbezaan jaringan gol dengan Vietnam. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment