Tiada masalah, cuma tidak sihat - Elizabeth Tan

ELIZABETH TAN
KUALA LUMPUR - Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Knock Knock, Elizabeth Tan memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan penganjur satu majlis baru-baru ini.

Sebaliknya keputusannya membatalkan persembahan pada saat akhir disebabkan keadaannya tidak sihat dan sakit tekak menyebabkan dia hilang suara.

Penyanyi yang lahir dari media sosial YouTube ini berkata, lagi pula isu yang ditulis oleh sebuah akhbar mingguan itu adalah cerita lama dan keadaannya kini sudah sihat.

"Takde masalah. Tak sihat dan takde suara sebab sakit tekak," kata Elizabeth menjawab tulisan Miss J dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam.

Miss J dalam kolumnya berkata, Elizabeth telah memungkiri janjinya untuk membuat persembahan tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir walaupun deposit sudah dibayar.

"Bagaimanapun, apa yang terjadi sehari sebelum membuat persembahan Elizabeth dikatakan tidak boleh membuat persembahan seperti mana yang dijanjikan.

"Sudah pastilah pihak penganjur berasa hati. Kecewa sebab Elizabeth memaklumkan perkara itu kepada pihak penganjur pada saat-saat akhir.

Secara tidak langsung, keputusan dibuat Elizabeth itu menyebabkan pihak penganjur jadi kelam kabut untuk mencari pengganti bukan? Sikap Elizabeth itu memang mengecewakan semua pihak," tulis Miss J. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment