Tiada rezeki saya - Nur Amira Syahira


KUALA LUMPUR - Pemain dram cilik, Nur Amira Syahira langsung tidak merasa kecewa selepas gagal pada pertandingan dram antarabangsa, Hit Like A Girl (HLAG) sebaliknya menganggap belum ada rezeki.

Dia yang baharu berusia 12 tahun dan bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) September ini malah bersyukur kerana terpilih sebagai salah seorang peserta akhir pertandingan secara online itu.

"Nampaknya tiada rezeki Mira tahun ni selepas layak ke final. Apa pun, Mira nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata semangat untuk Mira terus maju dalam bidang muzik yang Mira ceburi.

"Layak ke final pun merupakan rahmat bagi Mira kerana sekurang-kurangnya Mira berjaya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa. Insya-Allah tahun depan Mira akan cuba lagi dengan lebih terbaik," kata Nur Amira dalam Facebooknya.

HLAG ialah gelanggang para pemain dram perempuan dari seluruh dunia menampilkan bakat mereka di mana 20 pemenang bagi setiap kategori iaitu 18 tahun ke atas dan bawah 18 tahun dipilih berdasarkan undian awam.
Keputusan pertandingan Hit Like A Girl 2015 baru-baru ini.
Manakala para peserta akhir pula dinilai oleh para juri profesional yang terdiri daripada para pemain dram terkemuka dunia.

Pertandingan akhir HLAG telah diumumkan secara langsung menerusi Drumchannel.com pada Jumaat lalu. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment