Tiada rombakan Kabinet - Pejabat PM


PUTRAJAYA - Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan dakwaan akan berlaku rombakan Kabinet seperti mana dihebohkan di media-media sosial sejak pagi tadi.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, tidak ada perubahan dalam barisan kepimpinan kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak seperti digembar-gemburkan.

"Pejabat PM hari ini menafikan terdapatnya rombakan Kabinet seperti yang tertera dalam satu senarai yang tersebar di laman media sosial.

"Tidak ada perubahan dalam barisan kepimpinan Kerajaan," kata kenyataan dua perenggan dalam Twitter @PMOMalaysia petang ini.

Isu rombakan Kabinet diperkatakan sejak pagi ini apabila satu senarai barisan Kabinet baharu disebarkan menerusi media sosial.

Menurut kenyataan yang tersebar itu, tujuh menteri dikatakan digugurkan manakala beberapa muka baharu dilantik untuk menghadapi ujian dan cabaran besar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment