3 kali ditahan imigresen kerana pakai jersi Harimau Malaya

PAPARAN Facebook Ferima Sofea yang menceritakan kesulitannya memasuki Singapura hanya kerana memakai jersi Harimau Malaya.
KUALA LUMPUR - Seorang wanita mendakwa telah ditahan tiga kali oleh pihak imigresen Singapura hanya kerana dia memakai jersi Harimau Malaya ketika memasuki negara itu untuk menyaksikan bola sepak Sukan SEA 2015, Sabtu lalu.

Wanita yang dikenali Ferima Sofea dalam akaun Facebooknya bagaimanapun berkata, dia tetap berbangga memakai jersi kebanggaan Malaysia itu walaupun terpaksa berhadapan dengan kerenah pihak berkuasa negara itu.

"Tiga kali kena tahan di imigresen sebab pakai jersi Malaysia ooi sebelum nak tengok game ni. Salam tiga mata," tulis Ferima dalam akaun Facebooknya bersama gambar dia dan maskot Sukan SEA 2015.

Berdasarkan akaun Facebooknya, Ferima dan suaminya adalah penyokong tegar skuad bola sepak negara.

Bagaimanapun, Metropost hari ini mendapati status tentang dakwaan itu telah dipadamkan daripada akaun Facebook berkenaan. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment