Digantung 6 perlawanan, Nazmi ucap selamat tinggal

NAZMI FAIZ MANSOR
KUALA LUMPUR - Selamat tinggal Singapura! Itulah yang bakal diucap oleh pemain bertaraf bintang dalam skuad Harimau Muda, Muhd Nazmi Faiz Mansor selepas dia dijatuhkan hukuman gantung enam perlawanan kerana meludah pemain Timor Leste Sabtu lalu.

Keputusan menggantung pemain yang pernah beraksi dengan kelab Beira-Mar dalam Liga Portugal itu dibuat oleh Lembaga Tatatertib, Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) hari ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh FAM dalam akaun Twitternya petang ini yang berbunyi:

 




Sebelum ini pengurus skuad Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee telah memberi amaran akan menghantar pulang Muhd Nazmi jika dia digantung lebih dua perlawanan akibat tindakan bodoh itu.

Tindakan pemain yang beraksi untuk Selangor musim lalu, turut mendapat kecaman Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin dan Chef de Mission, Datuk Seri Norza Zakaria.

Pada perlawanan pertama peringkat kumpulan itu, Malaysia menang tipis 1-0 hasil jaringan D. Saarvindran pada minit ke-11.

Muhd Faiz merupakan ayam tambatan bagi skuad Kim Swee di bahagian tengah untuk mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan SEA yang dipertahankan negara sejak dua temasya lalu.

Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Thailand, Vietnam, Brunei Darussalam selain Timor Leste.

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment