Janet Jackson peluk Islam, berusaha jadi muslimah


LONDON - Penyanyi Hollywood, Janet Jackson memulakan penghidupan baharu dengan tidak lagi mahu berpenampilan seksi serta beraksi terlampau di pentas selepas dia dilaporkan memeluk Islam.

Janet, 40, yang juga adik kepada Raja Pop dunia, Michael Jackson telah memeluk Islam selepas berkahwin dengan jutawan dari Qatar, Wissam Al Mana pada 2012 dan kini berusaha untuk menjadi seorang muslimah.

Akhbar-akhbar utama dunia menyebut Janet merasakan dia sudah menemui "tempat sesuai" selepas memeluk Islam dan tidak lagi mahu berpakaian mencolok mata serta beraksi keterlaluan di pentas.

Beliau yang baharu sahaja menamatkan siri jelajah dunia Unbreakable di seluruh dunia mengucapkan "Insya Allah" sejurus selesai membuat persembahan terakhir pada jelajah tersebut.

Janet bukanlah satu-satunya keluarga Jackson yang memeluk Islam. Sebelum ini abangnya, Jeremy dan Michael juga dilaporkan sudah memeluk agama Allah itu.

Janet Jackson kelihatan lebih manis dengan bertudung dan berjubah hitam.
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment