Pelakon, bekas ratu cantik Indonesia dicekup kerana melacur - MetroPost Malaysia
Pelakon, bekas ratu cantik Indonesia dicekup kerana melacur

Pelakon, bekas ratu cantik Indonesia dicekup kerana melacur

Share This
NIKITA Mirzani sering berpenampilan seksi sama ada di majalah atau di layar putih.

MISS World Indonesia 2014, Putty Revita Sari.
PELAKON seksi Indonesia, Nikita Mirzani dan bekas Miss World Indonesia, Putty Revita Sari dicekup di sebuah hotel mewah di Jakarta kerana melakukan aktiviti pelacuran.

Kedua-dua selebriti terkenal itu ditangkap bersama dua bapa ayam yang menguruskan transaksi mereka malam Jumaat lepas.

Media-media di Indonesia melaporkan, penangkapan kedua-dua selebriti ini hasil penyamaran anggota polis selepas mengesan kegiatan mereka yang menggunakan internet.

Ketua Jabatan Jenayah, Polis Indonesia Kombes Umar Fana berkata, anggotanya telah menjalankan siasatan dengan menyamar sebagai pelanggan.

Katanya, pada mulanya anggota berkenaan dikirimkan gambar artis-artis yang menawarkan khidmat seks termasuk gambar Nikita dan Puty Revita. Kemudian anggota berkenaan diarah mengirimkan wang pendahuluan sebanyak Rp10 juta (RM3,000).

Kemudian pada malam Jumaat (10 Disember) kira-kira pukul 9 malam, anggota berkenaan telah bertemu dengan keempat-empatnya di hotel tersebut. Kedua-dua selebriti ketika ditangkap berada dalam keadaan bogel.

Umar berkata, Nikita mengenakan bayaran Rp65 juta (RM19,500) untuk satu malam manakala Puty Revita yang juga ratu cantik Indonesia 2014 mengenakan bayaran Rp50 juta (RM15,000). - MP

No comments:

Post a Comment