Afiq Muiz syok sendiri, Miera sudah ada teman lelaki lain

Afiq Muiz dikatakan syok sendiri terhadap Miera Leyana
PELAKON Afiq Muiz ternyata syok sendiri ketika mengaku sedang menjalin hubungan rapat dengan Miera Leyana Kasmi, pelakon yang pernah berganding dengannya dalam drama Memori Cinta Suraya.

Sebaliknya, Miera mengaku dia kini sudah mempunyai kekasih hati tetapi enggan mendedahkan siapa lelaki pilihannya itu.

Justeru, pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi berhubung cara berpakaian dalam satu majlis anugerah itu berkata, adalah tidak masuk akal kalau dia menjalinkan hubungan cinta dengan Afiq.

“Saya terkejut bila Afiq sanggup buat kenyataan begitu. Tidak masuk akal jika kami bercinta sedangkan hubungan kami tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja.

“Kami mula rapat sebagai rakan sewaktu di set penggambaran drama Memori Cinta Suraya. Tambahan pula, bila timbul isu ini, saya rasa kurang selesa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sehubungan itu MIera mahu agar Afiq berhenti daripada bercerita soal fantasi cintanya dengan beliau.

Afiq dalam satu kenyataan kepada sebuah portal berita sebelum ini, mendedahkan status hubungannya bersama Miera adalah lebih daripada sekadar teman rapat, selain mengakui amat mencintai pelakon Lebuhraya Ke Neraka itu.

Menurut Afiq, dia mula menjalin hubungan intim dengan Miera ketika penggambaran drama episod Memori Cinta Suraya untuk terbitan Astro.

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment