Janda anak sembilan belasah, bogelkan kekasih gelap


BAHAU - Seorang lelaki berusia 48 tahun mengalami nasib malang gara-gara menegus kekasih gelapnya, seorang janda beranak sembilan agar tidak membawa lelaki lain ke rumah.

Lelaki itu bukan saja dibelasah hingga patah kaki kanan malah turut dibogelkan sebelum gambarnya dirakam oleh lima lelaki yang diupah kekasihnya.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, wanita tersebut menghubungi mangsa supaya berjumpanya di sebuah stesen minyak di Mahsan, dekat sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak menunggang motosikal berjumpa kekasihnya berusia 33 tahun sebelum mereka menunggang motosikal itu bersama-sama ke pekan.

“Mangsa menyedari diekori kereta yang dinaiki lima lelaki sebelum motosikalnya dihalang kereta berkenaan berhampiran Rumah Rakyat Mahsan.

“Mangsa terkejut apabila kekasihnya bersama lima lelaki itu bertindak membelasah dan memijak kakinya. Mangsa kemudian dibawa menaiki kereta ke taman rekreasi sebelum dibogelkan dan dirakam menggunakan telefon bimbit oleh suspek,” katanya.

Noorzainy berkata, mangsa mendakwa diugut menyerahkan wang tunai RM5,000 sekiranya tidak mahu mereka membuat laporan polis kononnya mangsa mencabul kekasihnya itu menyebabkan mangsa menyerahkan wang tunai RM770 dan kad ATM.

Katanya, selepas kejadian itu, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Jempol dan membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol, kira-kira 9 malam. - MP
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment