35 maut dalam tiga letupan bom di Brussels

Keadaan terminal Lapangan Terbang Brussel selepas kejadian dua letupan hari ini.
BRUSSELS - Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera selepas tiga letupan menggegarkan Lapangan Terbang Brussel dan stesen kereta api metro di sini dipercayai angkara serangan pengganas.

Di lapangan terbang Brussels, beberapa saksi berkata, letupan itu dipercayai berpusat di meja daftar masuk penerbangan American Airlines kira-kira pukul 8 pagi waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).

Portal berita Daily Mail UK menyebut, terdapat laporan menyebut beberapa jeritan dilaungkan di bangunan tersebut sebelum dua letupan dan tembakan kedengaran.
Dua wanita ini antara yang cedera dalam kejadian letupan di Lapangan Terbang Brussel hari ini.
Sehingga kini lapangan terbang itu ditutup sementara manakala proses memindahkan para penumpang sedang dijalankan.

Pihak berkuasa masih menyiasat kejadian tersebut. - Agensi
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment