34 maut dalam serangan bom di Turki, tiada rakyat Malaysia terlibat

KEMAS KINI 7.45PM:

Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat sama ada maut atau cedera dalam kejadian letupan di Ankara, Turki.


ANKARA - Sekurang-kurangnya 34 orang dilaporkan terbunuh manakala 125 lagi cedera apabila seorang pengebom kereta bertindak meletupkan diri di tengah-tengah bandar raya ini.

Letupan di Kizilay itu merupakan tragedi serangan bom kedua dalam tempoh sebulan di ibu negara Turki itu selepas 29 orang terbunuh pada 17 Februari lalu dalam kejadian serangan yang hampir sama.

Akhbar The Hurriyet melaporkan kejadian berlaku pukul 6.40 petang waktu tempatan dan kawasan terbabit telah dikosongkan bagi mengelak serangan kedua.

Banyak ambulans dilaporkan berada di kawasan kejadian.

Sehingga kini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab tetapi laporan mengaitkan ia adalah perbuatan kumpulan militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).


Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Turki, Mehmat Muezzinoglu berkata, 30 daripada mangsa pengeboman itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala empat lagi meninggal dunia di hospital.

Beliau berkata, 125 orang sedang dirawat di beberapa hospital di Ankara dengan 19 daripadanya dalam keadaan kritikal.

Menteri Dalam Negeri, Efkan Ala berkata, siasatan akan akan diselesaikan hari ini dan mereka yang bertanggungjawab dalam letupan itu akan didedahkan.


Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat keselamatan tergempar dengan Perdana Menteri, Ahmet Davutoglu.

The Hurriyet turut melaporkan, sebuah mahkamaha di Ankara telah mengeluarkan arahan menutup laman-laman media sosial termasuk Facebook dan Twitter, bagi mengelak orang ramai berkongsi gambar tragedi tersebut. - Agensi
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment