Drama rampasan EgyptAir berakhir, suspek ditahan

TERKINI:

Drama rampasan EgyptAir berakhir apabila kesemua penumpang dan anak kapal dibebaskan manakala suspek yang merupakan rakyat Mesir telah ditahan. Tiada rakyat Malaysia berada dalam pesawat tersebut.



KAHERAH - Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan EgyptAir dirampas oleh lelaki bersenjata dan dilaporkan mendarat di sebuah lapangan terbang di Cyprus hari ini.

Stesen penyiaran BBC menyebut, pesawat itu dirampas sebaik sahaja berlepas dari Iskandariah dan mendarat di Lapangan Terbang Larnaca.

Pesawat tersebut dikatakan dalam perjalanan ke Kaherah. Pesawat itu dinaiki kira-kira 81 penumpang.

Sementara itu twitter EgyptAir menyebut, proses rundingan dengan perampas sedang dilakukan.

Setakat ini seramai 50 penumpang terdiri warganegara Mesir dilapor telah dibebaskan mankala beberapa penumpang dan kru warga asing masih di dalam pesawat berkenaan.

 

Reuters yang memetik agensi berita MENA menyebut nama perampas sebagai Ibrahim Samaha dan tindakannya mungkin bermotifkan peribadi.

Badan penyiaran Cyprus berkata,  perampas melempar sepucuk surat dalam bahasa Arab  dan meminta surat itu dihantar kepada bekas isterinya yang merupakan seorang rakyat negara itu.

Bagaimanapun Ibrahim Samaha menafikan dia adalah perampas pesawat tersebut sebaliknya dia juga salah seorang penumpang yang telah dibebaskan.

Sebuah stesen radio rasmi Cyprus pula melaporkan, perampas itu menuntut diberikan perlindungan suaka politik oleh negara itu. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment