Dua 'wartawan' ABC Australia cuba serbu Najib ditahan


KUCHING - Dua lelaki Australia yang mendakwa mereka wartawan daripada stesen TV ABC Australia ditahan kerana cuba 'menyerbu' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis rasmi di Kampung Haji Baki, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar berkata,  dalam kejadian kira-kira 8.35 malam itu, kedua-dua lelaki berkenaan melintasi garisan keselamatan dan secara agresif cuba mendekati Perdana Menteri.

"Mereka ditahan kerana tidak mematuhi arahan polis supaya tidak melepasi garisan keselamatan," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Bernama hari ini.

Beliau berkata siasatan terhadap kedua-dua warga Australia itu mendapati mereka tiba di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 5 Mac.

"Mereka tiba di sini (Kuching) pada 12 Mac dan mendakwa membuat liputan tentang lawatan rasmi Perdana Menteri ke Sarawak.

"Mereka dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini setelah keterangan mereka direkodkan," katanya.

Dev berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menyerahkan kepada pihak Peguam Negara untuk mengambil tindakan atau sebaliknya kepada kedua-da lelaku tersebut. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment