Hari Lelaki akhirnya diraikan di Malaysia

Hari Lelaki Sedunia disambut pada 19 November setiap tahun.
LUNDU  - Akhirnya kaum lelaki di negara ini diraikan setelah kerajaan bersetuju untuk meraikan sambutan Hari Lelaki Sedunia yang disambut pada 19 November setiap tahun.

Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata beberapa pihak telah mencadangkan supaya hari istimewa itu disambut di negara ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan kaum lelaki sama seperti sambutan Hari Wanita yang diadakan selama ini.

Selain itu, kementerian turut bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan rumah perlindungan lelaki terutama bagi golongan suami yang berdepan dengan krisis rumah tangga, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran serentak Program Kembara@KPWKM dan Kembara Kebajikan 1Malaysia di Kompleks Sukan Lundu, Sarawak hari ini. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal Cherreka Media Network

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment