Inilah wajah perampas kapal terbang EgyptAir semalam

SEIF Eldin Mustafa, perampas kapal terbang EgyptAir semalam.
KUALA LUMPUR - Inilah wajah perampas kapal terbang Airbus A320 milik penerbangan Mesir, EgyptAir dari Iskandariah ke Kaherah yang kemudian dilencong ke Cyprus semalam.

Drama rampasan kapal terbang yang berlangsung lebih tujuh jam itu rupanya angkara seorang rakyat Cyprus bernama Seif Eldin Mustafa.

Dia menggunakan jaket bom palsu untuk menguguj juruterbang pesawat agar melencongkan penerbangan itu ke Lapangan Terbang Larnaca di Cyprus.

Bagaimanapun kejadian itu bukanlah angkara pengganas sebaliknya seorang lelaki yang mempunyai masalah peribadi.

"Dia bukan pengganas tetapi dungu. Pengganas memang gila tetap1 dia memang bodoh. Inilah lelaki itu," kata seorang pegawai di Kementerian Luar Mesir.

SALAH seorang penumpang EgyptAir yang dirampas sempat bergambar bersama Seif Eldin Mustafa semalam.
Kejadian rampasan tersebut mencetuskan kebimbangan seluruh dunia kerana daripada 55 penumpang dan anak kapal itu terdapat beberapa rakyat dari negara Barat.

Bagaimanapun kesemua penumpang dan anak kapal selamat selepas dibebaskan manakala Seif Eldin ditahan pihak berkuasa negara itu. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment