Jabatan Pendidikan Sabah siasat guru sebar video lucah


SANDAKAN - Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sedang menjalankan siasatan terhadap seorang guru di daerah ini didakwa mewujudkan kumpulan WhatsApp dan memuat naik video lucah untuk tatapan anggota kumpulan itu.

Pengarahnya, Datuk Jame Alip berkata, jabatan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap guru itu jika terbukti melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana ia jelas mencemarkan nama baik jabatan dan profesion guru.

“Kami telah mengenal pasti guru terbabit, bagaimanapun perkara itu masih dalam peringkat siasatan.

“Sebagai seorang guru, perbuatan tidak bermoral dan melanggar etika sebagai seorang pendidik tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan itu, semasa melakukan lawatan mengejut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar di sini. - Bernama
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment