Penumpang pos gambar selfie dalam FlyDubai sebelum terhempas

Anna Sergeeva sempat mengirim gambar selfienya di dalam pesawat FlyDubai di laman sosial sebelum dia terbunuh selepas pesawat yang dinaiki terhempas di selatan Russia, baru-baru ini.
MOSCOW - Seorang penumpang telah memuat naik gambar selfie terakhirnya di laman sosial sebelum dia terbunuh dalam nahas pesawat FlyDubai di Rostov-On-Don, Rusia pada Sabtu lalu.

Anna Sergeeva, 25, bekerja sebagai jurusolek di Dubai sejak enam bulan lalu sebelum berlepas pulang menaiki pesawat malang yang membawa 62 penumpang dan anak kapal.

Gambar itu dirakam Anna di dalam pesawat tersebut sebelum berlepas.

Rakannya, Katrina berkata, Anna bekerja di Dubai bagi membantu menyara emak dan adiknya berusia 11 tahun yang tinggal di Kharkiv, Ukraine.

Kematian jurusolek itu bukan sahaja mengejutkan rakan-rakan tetapi turut menjadikan keluarganya hilang tempat bergantung. - Agensi
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment