Kenderaan berat rempuh 20 kereta penonton bola dikenal pasti


MELAKA - Polis Melaka telah mengenal pasti kenderaan berat yang menggesel lebih 15 kereta di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) berhadapan Stadium Hang Jebat malam tadi.


Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata, polis telah mengesan nombor pendaftaran kenderaan berkenaan dan akan mengambil tindakan dalam masa terdekat.

"Setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan daripada pemandu lori tersebut, namun kita telah mengesan nombor pendaftarannya dan mendapati ia dari Kedah.


"Kita akan mengesan pemandu tersebut dan akan mengambil tindakan selepas soal siasat dijalankan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan anjuran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Ramli berkata setakat 6 pagi tadi, polis menerima lapan laporan daripada pemilik kenderaan yang terlibat dalam insiden tersebut dan jumlah itu dijangka meningkat hari ini. - Bernama
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment