Komposer Adnan Abu Hassan meninggal dunia - MetroPost Malaysia
Komposer Adnan Abu Hassan meninggal dunia

Komposer Adnan Abu Hassan meninggal dunia

Share This
SELAYANG - Komposer terkenal, Datuk Adnan Abu Hassan meninggal dunia pukul 2.15 pagi di Hospital Selayang akibat komplikasi buah pinggang.

Adnan, 57, dikejarkan ke hospital pukul 12 tengah malam semalam selepas mengadu sakit dada  dan sukar bernafas sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.

Komposer itu pernah dimasukkan ke hospital yang sama minggu lalu sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Bagaimanapun, keadaan kesihatannya bertambah teruk sehingga membatasi pergerakannya.

Jenazah Adnan akan disembayangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Adnan merupakan komposer unggul dan berpengaruh pada era 1980-an hingga awal tahun 2000 serta telah membantu menaikkan nama-nama besar artis tanah air.

Antara lagu popular yang pernah dihasilkan beliau ialah Jerat Percintaan nyanyian Siti Nurhaliza, Dipersimpangan Dilema (Nora) dan Bunga-bunga Cinta (Misya Omar). - MPM



No comments:

Post a Comment