Konsert Search 35 Tahun ditunda ke 30 Ogos


KUALA LUMPUR - Konsert Search 35 Tahun yang sepatutnya dilangsungkan pada 9 April depan ditangguhkan ke 30 Ogos ini, kata vokalis kumpulan itu, Amy hari ini.

Penangguhan itu dibuat mengambil kira keadaan sekeliling Stadium Merdeka, venue sepatutnya konsert itu berlangsung yang tidak selamat.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, beliau berharap konsert yang akan dilangsungkan pada malam sambutan Hari Kemerdekaan nanti akan memberi lebih makna dan meriah.

"Saya ingin maklumkan bahawa Konsert Search 35 Tahun pada 9 April nanti telah ditunda. Berita baiknya, tarikh baharu konsert ialah pada 30 Ogos, iaitu malam sambutan Hari Kemerdekaan.

"Para peminat yang telah membeli tiket sebelum ini dapat menggunakannya untuk konsert nanti. Malah sesiapa yang membeli tiket paling awal akan menerima hadiah menarik daripada kami," katanya  ketika ditemu bual oleh sebuah stesen radio, di sini hari ini.


Bagaimanapun lokasi konsert tersebut belum diputuskan lagi.

Amy berkata, penangguhan itu juga membolehkan pihaknya dan juga penganjurnya AF Jets dapat mengadakan promosi yang lebih lama untuk menarik lebih ramai penonton.

Sebelum ini, Search memberitahu konsert pada 9 April ditangguh berikutan Stadium Merdeka yang tidak selamat kerana banyak kerja-kerja pembinaan di sekelilingnya sedang dilakukan.

Sabtu lalu, Stadium Merdeka turut menjadi tempat penganjuran konsert kumpulan K-Pop, EXO yang telah menarik lebih 10,000 penonton termasuk dari Singapura. - MPM


Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment