Lebih 20 kereta milik penyokong bola sepak rosak dirempuh - MetroPost Malaysia
Lebih 20 kereta milik penyokong bola sepak rosak dirempuh

Lebih 20 kereta milik penyokong bola sepak rosak dirempuh

Share This
Sebahagian penyokong bola sepak melihat kenderaan mereka yang rosak teruk selepas dirempuh oleh kenderaan berat di Lebuh SPA, Paya Rumput, Melaka malam tadi.
MELAKA - Lebih 20 kenderaan milik penyokong bola sepak yang datang ke Stadium Hang Jebat di sini rosak teruk selepas dirempuh oleh kenderaan berat malam tadi.

Ketika kejadian, para pemilik kenderaan terbabit sedang asyik menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenderaan terbabit diletakkan secara berlapis di sepanjang Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) sebelum dirempuh oleh kenderaan berat, dipercayai lori.

Tindakan pemilik meletakkan kenderaan secara berlapis di laluan tersebut menyebabkan laluan trafik hanya tinggal selorong dan menyebabkan kesesakan teruk dan menyusahkan pengguna lain.

Bagaimanapun kecederaan dilaporkan dalam kejadian berlaku kira-kira 10.15 malam. - MPM

No comments:

Post a Comment