Malaysia dalam kumpulan maut Piala Thomas dan Uber


KUALA LUMPUR - Malaysia akan berdepan saingan sukar dalam Piala Thomas dan Uber yang dijadual pada 15-21 Mei di Kunshan, China, selepas undian meletakkan pasukan negara masing-masing dalam kumpulan Korea Selatan dan China.

Menurut kenyataan dalam laman web rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF),  www.bwfbadminton.org, Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, England dan Jerman untuk Piala Thomas.

Malaysia diletakkan pada kedudukan keenam ranking BWF dan perlu turut berwaspada dengan England, dalam ranking ke-12 dunia untuk mengesahkan tempat dalam pusingan peringkat kalah mati.

Hanya dua pasukan dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.

Malaysia telah menjuarai Piala Thomas dalam tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.

Juara bertahan Jepun dan pasukan pilihan China pula diundi dalam kumpulan sama dengan Perancis dan Mexico dalam Kumpulan A.

Dalam saingan Piala Uber, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama juara 13 kali China, Denmark dan Sepanyol.

China memenangia piala tersebut pada tahun 1984, 1986, 1988, 1990, 1992, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008, 2012 dan 2014 manakala Malaysia tidak pernah menjulang Piala Uber.

UNDIAN PIALA THOMAS:

  • Kumpulan A : China, Jepun, Perancis, Mexico
  • Kumpulan B : Indonesia, India, Thailand, Hong Kong
  • Kumpulan C : Korea Selatan, MALAYSIA, England, Jerman
  • Kumpulan D : Denmark, Taiwan, New Zealand, Afrika Selatan


UNDIAN PIALA UBER:

  • Kumpulan A : China, Denmark, Sepanyol, MALAYSIA
  • Kumpulan B : Korea Selatan, Taiwan, Mauritius, Amerika Syarikat
  • Kumpulan C : Thailand, Indonesia, Bulgaria, Hong Kong
  • Kumpulan D : Jepun, India, Australia, Jerman
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment