Mati lemas boleh diselamatkan?


KUALA LUMPUR  - Semalam tersebar satu paparan skrin menunjukkan satu dakwaan bahawa seseorang yang sudah meninggal dunia kerana lemas air boleh diselamatkan dengan kaedah tertentu.

Menurut dakwaan yang menjadi viral di media sosial, seseorang yang mati lemas boleh diselamatkan dengan mengangkat dan memikul mangsa secara terbalik dan berlari sehingga mangsa muntah dan menangis.

Viral itu yang memetik paparan skrin bertulisan Cina berkata, budak yang mati lemas 40 minit masih ada peluang untuk diselamatkan dengan menggunakan kaedah tersebut.

Mengulas perkara itu, Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma,  Dr Abdul Rahman Abdul Kadir  berkata, ramai yang tersalah anggap bahawa mangsa lemas akan menyedut air ke dalam paru-paru sehingga mereka mengalami kegagalan pernafasan.

Sebenarnya, kata beliau, majoriti mangsa akan menahan proses itu berlaku dan otak mereka akan mengarahkan larynx agar menutup saluran pernafasan bagi menghindar mereka menyedut air ke dalam paru-paru.

"Akibatnya, mereka mengalami penutupan saluran pernafasan yang dikenali laryngospasm dan akan lemas kerana perkara ini. Paru-paru mereka kering sebenarnya sungguhpun mereka lemas di dalam air," jelas beliau.

Beliau berkata, mangsa lemas akan mengalami gangguan bekalan oksigen ke otak dan tanpa bekalan oksigen selama empat minit ke ota sudah cukup untuk membuat berlakunya kerosakan otak kekal.

Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman mencadangkan agar orang awam mempelajari teknik rawatan dan penyelamatan, CPR yang benar iaitu dengan memberi bantuan pernafasan dan tekanan luaran pada dada.

"Ini bagi mengambil alih fungsi jantung yang terhenti untuk terus mengepam darah ke organ-organ kritikal seperti otak," katanya.

Sehubungan itu, dakwaan mengatakan bahawa mangsa lemas boleh selamatkan dengan menggantungkan mereka secara terbalik dan membawanya berlari dalam keadaan sedemikian dalam tempoh tertentu adalah mencurigakan.

Katanya juga, mangsa lemas boleh diselamatkan selepas 40 minit hanya berlaku bagi kes-kes lemas di dalam air yang hampir pada tahap suhu beku iaitu di negara-negara yang mengalami musim sejuk, tetapi bukan di negara ini.

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment