Peminat EXO penuhi Stadium Merdeka malam tadi

Kumpulan K-Pop EXO yang kali pertama mengadakan konsertnya di Malaysia.
KUALA LUMPUR - Lebih 10,000 peminat kumpulan EXO memenuhi Stadium Merdeka sempena konsert pertama kumpulan K-Pop itu di negara ini.

Kumpulan yang dianggotai oleh sembilan anak muda iaitu Suho, Xiumin, Lay, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O., Tao, Kai dan Sehun menampilkan persembahan bertenaga ditambah dengan bantuan pentas yang menakjubkan.

Sepanjang persembahan selama tiga jam itu, EXO menampilkan lagu-lagu popularnya antaranya Black Pearl, Baby Don't Cry, On The Snow dan lain-lain.

Para penonton yang terdiri daripada anak muda dan remaja dengan majoritinya perempuan berteriak dan sama-sama menari sepanjang konsert berlangsung.

Difahamkan, para peminat EXO dari Singapura turut memenuhi stadium tersebut malam tadi.

EXO merupakan kumpulan muzik China–Korea Selatan yang ditubuhkan pada 2011 oleh syarikat rakaman SM Entertainment.

Kumpulan muzik ini pada awalnya terdiri daripada 12 orang ahli tetapi kini hanya tinggal sembilan orang.

EXO memulakan penampilan sulung rasmi mereka pada 8 April 2012 dengan single Mama. - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment