Pendebat Terbaik Asia mengaku ke kelab malam di Manila

Gambar yang dipercayai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang bersuka-ria di sebuah kelab malam di Manila, yang disebarkan di media sosial sejak semalam. - Foto truthvaccine.blogspot.com
KUALA LUMPUR - Ketua Change Led by the Young Generation (Challenger), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku dia pernah ke sebuah kelab malam di Manila ketika menyertai Pertandingan Pidato Asia di negara itu tahun lalu.

Pelajar Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang dinobat sebagai Pendekat Terbaik pada pertandingan tersebut berkata, walaupun dia telah ke kelab Palladium, ketika di Manila tidak bermakna dia merupakan kaki disko.

"Saya mengaku gambar itu memang gambar saya. Saya pernah pergi ke disko. I won’t deny that . Tapi saya juga ingin menekankan bahawa gambar itu diambil semasa pengumuman untuk pusingan kalah mati, pertandingan debat peringkat Asia. Saya bukan ‘kaki clubbing/disko’ sepertimana yang dituduh," katanya di laman Facebook beliau.

Syed Saddiq berkata demikian bagi menjawab penyebaran gambar-gambarnya di sebuah kelab malam di Manila, di media sosial semalam.

Sebuah blog, truthvaccine.blogspot.my mendakwa pihaknya mempunyai lebih 100 keping gambar yang menunjukkan Syed Saddiq sedang bersuka-ria di kelab malam tersebut.

Syed Saddiq berkata, pendedahan kisah buruk lampau beliau tidak sedikit pun mematahkan semangat dan menghentikan perjuangannya menegakkan kebenaran.

"Sekiranya anda fikir, mengugut saya sebegini akan mematahkan semangat dan menghentikan perjuangan saya, anda tersilap.

"Saya bukan orang yang berkepentingan. I am a 23-year old guy who loves my country. Threatening me with my personal life shows how desperate people can get to cling on to power," tambah beliau.

Challenger merupakan satu kumpulan yang dianggotai anak muda yang lantang mengkritik dan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment