Remaja Afrika Selatan temui serpihan dipercayai milik MH370

Serpihan yang ditemui oleh seorang remaja dari Afrika Selatan di pantai Mozambique yang dipercayai ada kaitan dengan MH370.

JOHANNESBERG - Seorang remaja Afrika Selatan dikatakan telah menemui serpihan dipercayai milik MH370 yang hilang dua tahun lalu.

Liam Lotter, 18, memberitahu kepada sebuah stesen radio di sini, dia menemui serpihan itu di pantai Mozambique ketika bercuti pada Disember lalu dan keluarganya telah membawa pulang ke negaranya.

Katanya, dia mengesyaki serpihan yang ditemui itu adalah sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas mendengar berita penemuan serpihan di Mozambique minggu lalu.

Serpihan yang ditemui oleh seorang pelancong Amerika Syarikat di pantai Mozambique itu telah dibawa ke Australia untuk disiasat sama ada ia milik MH370 atau sebaliknya.

Sementara itu Jabatan Pengangkutan Awam Afrika Selatan (ACAA) berkata, pihaknya akan mendapatkan serpihan yang ditemui Lotter untuk diserahkan kepada pasukan penyiasat MH370.

Pesawat Boeing 777  yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014. Pesawat itu disahkan berakhir di Lautan Hindi.

Usaha mencari telah dijalankan di lautan tersebut namun sehingga kini kehilangan pesawat tersebut terus menjadi misteri. - Agensi
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment